Sabtu, 14 Mei 2022 | 10:31am
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyampaikan penghargaan kepada pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus, 61, yang dinobatkan sebagai duta anak seni Kelantan pada Malam Himpunan Dikir Barat 2022 di sini, malam tadi. NSTP/ IHSAN FB AHMAD YAKOB

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyampaikan penghargaan kepada pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus, 61, yang dinobatkan sebagai duta anak seni Kelantan pada Malam Himpunan Dikir Barat 2022 di sini, malam tadi. - Foto ihsan FB Ahamd Yakob

Sabri Yunus dinobat sebagai duta anak seni Kelantan

KOTA BHARU: Pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus dinobatkan sebagai duta anak seni Kelantan.

Penghargaan itu diberikan oleh kerajaan negeri Kelantan kepada Sabri, 61, pada majlis Malam Himpunan Dikir Barat 2022 malam tadi yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad melahirkan rasa kesyukuran kerana dapat bersama-sama penggiat seni negeri Kelantan khususnya seni budaya dikir barat.

Katanya, sebanyak sembilan kategori anugerah dipilih untuk dianugerahkan kepada 24 penerima.

"Antara penerima ialah Jen Endoro, Jali Bunga Tanjong, Cikgu Sulizi, Eyo Hock Seng, Hamid Budaya, Tok Wan Hasan Gula Batu, Tuan Kob Raja Saring dan lain-lain ikon dikir barat.

"Kerajaan negeri yakin penganjuran Malam Himpunan Dikir Barat berjaya mencapai objektif, antaranya memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dikir barat yang mengharumkan nama Kelantan.

"Selain itu, majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim penggiat seni dikir barat serta memartabatkan dikir barat sebagai warisan budaya Kelantan supaya tidak pupus," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong anak seni yang giat memartabat dan mempertahankan seni warisan budaya Kelantan.

Berita Harian X