Khamis, 28 April 2022 | 8:23am
Foto hiasan
Foto hiasan

Sabah catat kes terendah bawah paras 50

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan jumlah kes harian jangkitan COVID-19 di bawah paras 50 dengan 40 kes positif baharu dilaporkan, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata jumlah jangkitan baharu itu adalah paling rendah sejak 29 Mac tahun lepas.

"Jumlah kes baharu hari ini (semalam) ialah 40 kes, penurunan 11 kes berbanding jumlah jangkitan semalam (kelmarin) yang mencatatkan sebanyak 51 kes Selasa lepas. Keadaan secara keseluruhan terus bertambah baik.

"Sebanyak 13 daerah mencatatkan kes baharu satu angka iaitu Kota Kinabalu (6); Tambunan (5); Sandakan (4); Telupid (3); Tuaran (2); Ranau (2); Beluran (2) manakala Penampang, Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Kinabatangan dan Sipitang masing-masing mencatatkan sebanyak satu kes sahaja.

"Keningau menjadi daerah tunggal di Sabah yang mencatat kes baharu dua angka dengan 10 kes," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, berkata bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 358 menjadikan jumlah kumulatif 361,452 orang manakala 208 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 208 orang di hospital.

Berita Harian X