Jumaat, 8 April 2022 | 6:54pm
Mohd Ajib mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. - Foto Ihsan Jawi
Mohd Ajib mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. - Foto Ihsan Jawi

JAWI edar 1,000 bubur lambuk pandu lalu

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk sehari untuk orang ramai secara pandu lalu bermula Isnin lalu sehingga 15 April di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata selain bubur lambuk, JAWI dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mengagihkan 123,600 pek juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan ini melalui program Dapur It'am Ramadan 1443H.

Katanya, inisiatif ini berkonsepkan agihan makanan bermasak untuk diedarkan kepada golongan asnaf, B40 dan golongan yang memerlukan setiap hari sepanjang Ramadan.

"Pelbagai menu masakan disediakan yang diadakan secara bergotong-royong melalui 70 masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan peruntukan berjumlah RM1.23 juta," katanya dalam kenyataan media selepas mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di kawasan tempat letak kereta berhadapan Pusat Penjaja Selera Duta, hari ini.

Berita Harian X