Sabtu, 26 Februari 2022 | 5:19pm
Keadaan banjir di Setiu mengakibatkan hubungan terputus. - Foto NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Keadaan banjir di Setiu mengakibatkan hubungan terputus. - Foto NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

Lebih 3,300 mangsa di lima daerah

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 3,434 mangsa daripada 985 mangsa terjejas, menerusi gelombang kelima yang bermula semalam.

Ini peningkatan berbanding 3,229 mangsa daripada 896 keluarga jam 4 petang tadi.

Pusat pemindahan sementara (PPS) turut meningkat kepada 67 buah, berbanding 63 PPS jam 2 petang tadi.

Peningkatan jumlah mangsa itu susulan pertambahan mangsa di beberapa daerah, khususnya Kemaman yang terus mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 1,995 mangsa.

Daripada jumlah itu, sebanyak 21 PPS dibuka bagi menempatkan 539 mangsa di daerah Kemaman.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, sebanyak 16 PPS dibuka bagi menempatkan 562 mangsa membabitkan 207 keluarga di Hulu Terengganu.

Di Besut, seramai 471 mangsa daripada 106 keluarga berada di 15 PPS.

Jumlah mangsa di Setiu ketika ini seramai 305 orang daripada 105 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS.

Di Dungun, lima PPS diaktifkan bagi menempatkan seramai 101 mangsa daripada 28 keluarga.

Ini peningkatan berbanding seramai 59 mangsa daripada 14 keluarga di lima PPS.

Keadaan cuaca semasa ketika ini hujan lebat di kebanyakan daerah.

Penduduk meredah banjir selepas hujan lebat sejak semalam di Kuala Terengganu. - Foto NSTP/GHAZALI KORI
Penduduk meredah banjir selepas hujan lebat sejak semalam di Kuala Terengganu. - Foto NSTP/GHAZALI KORI

Berita Harian X