Sabtu, 26 Februari 2022 | 1:04pm
Penduduk memasang pukat ketika musim banjir di Kampung Pulau Manis Serada, hari ini. - Foto NSTP/GHAZALI KORI
Penduduk memasang pukat ketika musim banjir di Kampung Pulau Manis Serada, hari ini. - Foto NSTP/GHAZALI KORI

Banjir di Terengganu makin buruk

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 2,598 mangsa terjejas setakat jam 12 tengah hari ini.

Semua mangsa daripada 752 keluarga ditempatkan di 59 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ini menunjukkan sedikit pertambahan berbanding seramai 2,563 orang daripada 772 keluarga di 51 PPS jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, lima daerah masih terjejas iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Setiu.

Daerah Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 1,384 mangsa daripada 386 keluarga berada di 19 PPS.

Ini pertambahan berbanding seramai 1,244 orang daripada 340 keluarga dipindahkan ke 18 PPS pagi ini.

Mangsa banjir di Hulu Terengganu menunjukkan penurunan apabila seramai 430 mangsa daripada 151 keluarga terjejas, berbanding seramai 652 mangsa membabitkan 197 keluarga.

Jumlah PPS di daerah berkenaan bertambah kepada 13 PPS berbanding hanya 11 PPS sebelum ini.

Di Besut, 13 PPS dibuka bagi menempatkan 99 keluarga membabitkan 435 mangsa.

Mangsa banjir di Setiu turut bertambah apabila seramai 297 mangsa daripada 103 keluarga berada di 10 PPS.

Jumlah mangsa banjir di Dungun menunjukkan penurunan apabila 13 keluarga membabitkan 52 mangsa ditempatkan di empat PPS.

Ombak besar dan angin kencang menghempas jalan di Kampung Batu Rakit. - Foto NSTP/GHAZALI KORI
Ombak besar dan angin kencang menghempas jalan di Kampung Batu Rakit. - Foto NSTP/GHAZALI KORI

Berita Harian X