Isnin, 14 Februari 2022 | 12:15pm
Keadaan banjir kilat akibat hujan lebat di kawasan sebuah kuil di Kanthan, Sungai Siput, tengah malam tadi.- Foto/ Ihsan JBPM Perak
Keadaan banjir kilat akibat hujan lebat di kawasan sebuah kuil di Kanthan, Sungai Siput, tengah malam tadi.- Foto/ Ihsan JBPM Perak

15 kereta terkandas akibat banjir kilat

SUNGAI SIPUT: 15 kereta terkandas dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat di kawasan sebuah kuil di Kanthan, di sini tengah malam tadi .

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, paras kenaikan air naik mendadak hingga mencecah 0.6 meter.

Katanya, panggilan berhubung kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput pada jam 12.08 tengah malam.

"Banjir kilat itu mengakibatkan 15 kereta terperangkap di dalam banjir namun tiada mangsa dilaporkan terbabit.

"Operasi pemantauan dilakukan di lokasi itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, air surut sepenuhnya 30 minit kemudian dan operasi ditamatkan pada jam 12.44 tengah malam tadi.

Berita Harian X