Isnin, 17 Januari 2022 | 7:14pm
 Situasi banjir di Segamat dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat. - Foto fail NSTP
Situasi banjir di Segamat dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat. - Foto fail NSTP

Segamat dijangka pulih, mangsa banjir terus menurun

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Segamat dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat dengan jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 37 orang setakat 4 petang ini, berbanding 74 individu, pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan, berkata hanya satu pusat pemindahan sementara yang masih dibuka iaitu Sekolah Agama Gemereh, yang menempatkan lapan keluarga di daerah itu akibat banjir termenung.

"Cuaca di seluruh 10 daerah di negeri itu dilaporkan cerah ketika ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim, berkata Pusat Kawalan Operasi Banjir Daerah

Segamat akan membuat penilaian sebelum penutupan sepenuhnya PPS dilakukan berikutan keadaan sudah pulih kira-kira 98 peratus. – BERNAMA

Berita Harian X