Khamis, 30 Disember 2021 | 6:40pm
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memindahkan mangsa banjir di Kampung Legeh, Jeli yang mula dinaiki air, hari ini. - Gambar hiasan APM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memindahkan mangsa banjir di Kampung Legeh, Jeli yang mula dinaiki air, hari ini. - Gambar hiasan APM

TMJ titah agensi, pejabat daerah siap siaga

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan agensi kerajaan dan pejabat daerah bersiap sedia dalam usaha membabitkan kesan banjir.

Dalam hantaran terbaru di laman Facebook, baginda bertitah, ini termasuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

"Menerusi laporan ramalan awal, Johor dijangka akan dilanda banjir bermula 1 Januari.

"Saya mengarahkan agensi kerajaan dan pejabat daerah supaya memastikan kesiapsiagaan untuk bertindak pantas dalam usaha penebatan banjir dan menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

"Saya juga mengarahkan supaya Southern Volunteers digerakkan untuk membantu pejabat daerah dan agensi berkaitan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha membantu mangsa banjir.

"Saya akan terus memantau situasi di Johor, dan memastikan segala bantuan akan dihulurkan kepada rakyat Johor yang terjejas, akibat bencana ini," titahnya.

APM memindahkan mangsa banjir di Kampung Legeh, Jeli, hari ini. - Gambar hiasan APM
APM memindahkan mangsa banjir di Kampung Legeh, Jeli, hari ini. - Gambar hiasan APM

Berita Harian X