Jumaat, 10 Disember 2021 | 2:33pm
Operasi memindahkan gajah jantan (tengah) dilakukan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, di Kuala Tahan - Foto NSTP/Ihsan PKGK
Operasi memindahkan gajah jantan (tengah) dilakukan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, di Kuala Tahan - Foto NSTP/Ihsan PKGK

Sanum dan Abot bantu pindah gajah liar

JERANTUT: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, Temerloh mengambil masa tiga untuk memindahkan seekor gajah jantan di Kuala Tahan, di sini hari ini.

Operasi bermula jam 9 pagi membabitkan 24 kakitangan PKGK Kuala Gandah, Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Bahagian Ex-Situ dan Taman Negara Pahang, turut membantu anggota Angkatan Pertananan Awam Malaysia (APM) Jerantut dan RELA.

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, operasi hari ini dibantu dua gajah denak Sanum dan Abot yang berjaya mengawal dengan baik gajah liar berusia antara lima hingga tujuh tahun.

Menurutnya, gajah jantan dengan berat kira-kira satu tan dan ukuran tapak kaki 43.8 sentimeter itu di kategorikan muda dan haiwan terbabit dipercayai keluar daripada kawasan habitat untuk mencari makan dan terpisah daripada kumpulan.

Beliau berkata, pihaknya akan dilepaskan ke dalam hutan Taman Negeri Terengganu, operasi yang diadakan hari ini berjalan lancar dan mengikut jadual.

Berita Harian X