Khamis, 26 November 2020 | 5:00pm
Saleh melihat pokok bakau yang ditanam di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. - Foto NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA
Saleh melihat pokok bakau yang ditanam di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. - Foto NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

400 hektar hutan paya laut akan diwarta

PORT DICKSON: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan mengenal pasti kira-kira 400 hektar hutan paya laut untuk diwartakan sebagai hutan simpan kekal tahun hadapan.

Pengarahnya, Saleh Awaluddin, berkata, antara kawasan yang sesuai ialah sepanjang pesisiran Sungai Linggi , Sungai Sepang dan Sungai Lukut.

Katanya, pewartaan kawasan berkenaan sebagai jaminan agar kawasan hutan paya laut tidak pupus dan memulihara kawasan berkenaan daripada kerosakan jangka panjang.

"Jabatan akan mencadangkan pewartaan ini untuk tindakan kerajaan negeri," katanya melawat penanaman pokok bakau di Pantai Batu 4, di sini hari ini.

Saleh berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sudah menggubal pelan strategik pengurusan hutan yang akan dikuatkuasakan selama lima tahun bermula tahun depan.

"Kami memasukkan kepentingan pemuliharaan bakau dan pesisiran pantai negara bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Pelan ini juga satu langkah baharu di peringkat negeri," katanya.

Berita Harian X