Rabu, 27 Mei 2020 | 9:43am
Antara keluarga yang menderma darah selepas kelonggaran diberikan kerajaan bagi memastikan bekalan darah mencukupi. - Foto ihsan Pusat Pendermaan Darah Johor
Antara keluarga yang menderma darah selepas kelonggaran diberikan kerajaan bagi memastikan bekalan darah mencukupi. - Foto ihsan Pusat Pendermaan Darah Johor

10,669 beg darah dikumpul di Johor

JOHOR BAHRU: Sebanyak 10,669 beg darah berjaya dikumpulkan oleh Pusat Pendermaan

Darah di negeri ini sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu berkata wabak pandemik COVID-19 tidak menghalang warga Johor menderma darah.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 4,710 beg darah berjaya dikumpulkan sepanjang Ramadan.

"Hospital Sultanah Aminah (HSA) menyumbang sebanyak 2,441 beg; Hospital Sultan Ismail (HSI) 722 beg; Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat 721 beg; Hospital Sultanah Fatimah Muar 453 beg; dan Hospital Segamat 373 beg.

"Ia hasil kerjasama penderma darah yang lebih dikenali sebagai #johorbloodwarriors, sukarelawan, persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbangkan tenaga, masa, wang dan idea serta amat membanggakan.

"Bekalan darah di Johor berjaya dikekalkan melebihi paras selamat sehingga ke hari ini", katanya dalam satu kenyataan.

Antara keluarga yang menderma darah selepas kelonggaran diberikan kerajaan bagi memastikan bekalan darah mencukupi. - Foto ihsan Pusat Pendermaan Darah Johor
Antara keluarga yang menderma darah selepas kelonggaran diberikan kerajaan bagi memastikan bekalan darah mencukupi. - Foto ihsan Pusat Pendermaan Darah Johor

Dr Aman berkata, bermula 3 Mei lalu, kerajaan membenarkan empat sekeluarga yang tinggal serumah untuk menaiki sebuah kenderaan yang sama.

Justeru, katanya, kelonggaran ini digunakan sebaiknya oleh penderma darah membawa ahli keluarga untuk menderma darah sama ada di pusat pendermaan darah dan menerusi kempen derma darah.

"Trend ini wajar dijadikan contoh yang dilakukan bersama keluarga ketika PKP dalam pelbagai peringkat usia untuk menderma darah setiap tiga bulan sekali.

"Cabaran seterusnya adalah untuk mengekalkan bekalan darah sepanjang dan selepas musim perayaan.

"Warga Johor dialu-alukan menderma darah di Pusat Pendermaan Darah di negeri ini yang beroperasi pada semalam mulai 8 pagi sehingga 4 petang", katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X