Sabtu, 23 Mei 2020 | 12:01pm
Orang ramai serbu Pasar Besar Gua Musang, pagi ini, untuk membeli barang basah bagi saat akhir persiapan Aidilfitri esok. - Foto NSTP/Ramli Ibrahim
Orang ramai serbu Pasar Besar Gua Musang, pagi ini, untuk membeli barang basah bagi saat akhir persiapan Aidilfitri esok. - Foto NSTP/Ramli Ibrahim

Serbu pasar beli persiapan Aidilfitri

GUA MUSANG: Pasar Besar Gua Musang di sini, diserbu orang ramai pagi ini untuk membeli barang basah pada saat akhir persiapan bagi menyambut Aidilfitri esok.

Tinjauan BH mendapati sekitar pasar itu penuh sesak dengan orang ramai sejak awal pagi lagi tetapi harga pelbagai barang basah tiada kenaikan mendadak.

Selain membeli ikan, daging dan ayam, mereka turut mendapatkan pelbagai sayuran hingga ada sebahagiannya sudah habis.

Peniaga sayuran, Fauzi Kadir, 43, berkata, jualan sayuran hari ini cukup laris sekali kerana saat akhir persiapan Aidilfitri.

Dia mengakui stok sayuran sudah lebih daripada biasa kerana menjangkakan pelbagai jenis sayur mendapat permintaan tinggi pembeli.

Katanya, harga jualan sayuran seperti biasa tanpa kenaikan. Kita tidak mahu membebankan pengguna hingga tidak menaikkan harga sesuka hati," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, pelanggan, Hashimah Abdullah, 35, berkata dia terpaksa bergegas sejak awal pagi lagi kerana bimbang barang basah untuk persiapan hari raya kehabisan.

Katanya, dia mengambil pedoman musim perayaan tahun lalu yang keadaan seakan sama apabila saat akhir persiapan menyambut Aidilfitri menjadi tumpuan.

"Namun, kami masih dapat membeli barang basah khususnya sayuran dengan harga biasa. Hanya apabila ramai orang, banyak barangan keperluan habis," katanya.

Berita Harian X