Khamis, 16 April 2020 | 5:02pm
Penambahan penghuni di Penjara Pengkalan Chepa termasuk pesalah PKP dikhuatiri akan terus bertambah menyebabkan kesesakan dan jangkitan penyakit. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Penambahan penghuni di Penjara Pengkalan Chepa termasuk pesalah PKP dikhuatiri akan terus bertambah menyebabkan kesesakan dan jangkitan penyakit. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

PKP: Penjara makin sesak, bimbang banduan tertekan

KOTA BHARU: Penambahan penghuni di Penjara Pengkalan Chepa, di sini termasuk pesalah perintah kawalan pergerakan (PKP) dikhuatiri akan terus menyebabkan kesesakan dan jangkitan penyakit.

Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Komisioner, Mat Yaacob, berkata sehingga kini seramai 41 pesalah PKP ditempatkan di penjara itu dan ia dibimbangi akan meningkat dari semasa ke semasa.

“Kapasiti banduan di Penjara Pengkalan Chepa adalah seramai 1,500 dan sekarang jumlahnya mencecah 3,000 penghuni dan sudah melebihi bilangan sepatutnya.

“Dengan kemasukan berterusan, keadaan akan menjadi terancam kerana akan berlaku kesesakan yang boleh menyebabkan banduan tertekan dan tidak selesa serta masalah jangkitan penyakit seperti kudis dan tibi,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Komisioner, Mat Yaacob. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Komisioner, Mat Yaacob. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Mat bagaimanapun berkata, pihaknya mempunyai pelan kontigensi tersendiri dalam menghadapi COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani pesalah serta pesakit di penjara itu.

Katanya lagi, setakat ini terdapat tiga banduan yang berada di bawah pemantauan (PUI) dan diasingkan mengikut SOP.

“Bagaimanapun selepas pemeriksaan kali kedua dijalankan, keputusannya adalah negatif,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X