Isnin, 6 April 2020 | 8:04am
Penggunaan PPE adalah ‘standard precaution’ yang wajib diamalkan sebagai langkah mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit samaada melalui udara, sentuhan, cecair atau darah. - Foto hiasan
Penggunaan PPE adalah ‘standard precaution’ yang wajib diamalkan sebagai langkah mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit samaada melalui udara, sentuhan, cecair atau darah. - Foto hiasan

COVID-19: Lebih 5,000 PPE digunakan setiap hari di Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,500 hingga 2,000 unit peralatan perlindungan diri (PPE) digunakan setiap hari di seluruh hospital negeri ini.

Jumlah berkenaan tidak termasuk, kira-kira 3,000 unit sehari membabitkan penggunaan PPE di klinik kesihatan dan lapangan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi, berkata bilangan itu dijangka semakin meningkat saban hari sejak tercetusnya penularan wabak COVID-19 di Sabah.

“Kita sering dimaklumkan mengenai kekurangan keperluan fasiliti kesihatan ini dan memahami situasi itu.

“Hal ini disebabkan penggunaan PPE adalah ‘standard precaution’ yang wajib diamalkan sebagai langkah mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit samaada melalui udara, sentuhan, cecair atau darah.

“PPE tidak boleh dikongsi dan digunapakai semula. Satu unit PPE lengkap adalah terdiri daripada perlindungan kepala, sarung tangan berlapis, alat pelindung pernafasan (N95 atau surgical mask), alat pelindung muka, gaun isolasi, apron plastik dan pelindung kasut,” katanya melalui kenyataan media, dekat sini, semalam.

Christina berkata, berikutan jumlah penularan COVID-19 kian bertambah, PPE adalah barangan perubatan yang diperlukan setiap masa dan memerlukan bekalan berterusan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X