Sabtu, 4 April 2020 | 4:46pm
Noraini (kanan) diberikan penerangan oleh petugas mengenai bilik gerakan operasi COVID-19 USIM. - Foto ihsan USIM
Noraini (kanan) diberikan penerangan oleh petugas mengenai bilik gerakan operasi COVID-19 USIM. - Foto ihsan USIM

COVID-19: KPT puji inisiatif USIM

NILAI: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memuji langkah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam persiapan menangani penularan wabak COVID-19.

Menteri, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata kaedah pengurusan pelajar yang dilaksanakan USIM ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat teratur.

Katanya, USIM mengambil langkah proaktif menguruskan kebajikan pelajar yang tidak pulang ke rumah masing-masing ketika PKP dikuatkuasakan.

“Walaupun pasukan ini menghadapi beberapa kekangan khususnya bahan mentah, ia tidak melemahkan semangat mereka untuk terus membantu,” katanya menerusi kenyataan di sini, selepas melawat Bilik Gerakan Agensi (BGA) di Pusat Kesihatan USIM.

Yang turut hadir, Naib Canselor, Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin, pengurusan kanan USIM dan pemimpin MPP.

Noraini (kanan) mengagihkan makanan kepada pelajar yang tinggal di kampus ketika PKP. - Foto ihsan USIM
Noraini (kanan) mengagihkan makanan kepada pelajar yang tinggal di kampus ketika PKP. - Foto ihsan USIM

Noraini turut diberikan penerangan mengenai BGA yang ditubuhkan bagi melaksanakan gerak kerja pengurusan, pemantauan dan pengumpulan maklumat berkenaan COVID-19 dalam kalangan warga kampus.

Pemantauan dilakukan membabitkan empat lokasi utama yang menempatkan warga USIM iaitu Kampus Induk Nilai; Kampus USIM Pandan Indah, Selangor; Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu, Selangor dan pelajar perubatan di Temerloh, Pahang.

Berita Harian X