X
Rabu, 25 March 2020 | 9:32pm
LZNK akan bantu mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan COVID-19.
LZNK akan bantu mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan COVID-19.

RM7 juta zakat diagih kepada golongan terkesan PKP di Kedah

ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memperuntukkan lebih RM7 juta untuk diagih kepada golongan terkesan di negeri ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman, berkata peruntukan itu akan diagihkan kepada golongan yang terputus sumber pendapatan seperti penjaja dan pekerja yang bergaji hari, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

“Ia dijangka memanfaatkan lebih 90,244 keluarga. Ketika ini LZNK berusaha mengagihkan 57,600 kampit beras serta 172,800 tin sardin kepada 576 masjid di negeri ini yang menjadi Pusat Bekalan Makanan Fakir dan Miskin Zakat Kedah.

“Agihan ini tambahan kepada 17,280 set agihan bulanan terhadap bekalan makanan sedia ada yang akan memberi manfaat kepada 74,880 keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zakaria berkata, golongan terjejas boleh memaklumkan perkara itu kepada pihak masjid untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X