Jumaat, 20 March 2020 | 9:34am
Kakitangan MPK melakukan proses pembersihan dan sanitasi di Terminal Sentral Kuantan (TSK). - Foto Ihsan MPK
Kakitangan MPK melakukan proses pembersihan dan sanitasi di Terminal Sentral Kuantan (TSK). - Foto Ihsan MPK

COVID-19: MPK bersihkan Terminal Sentral Kuantan

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melakukan proses pembersihan dan sanitasi Terminal Sentral Kuantan (TSK), Indera Mahkota di sini malam tadi sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal, berkata proses berkenaan mengambil masa dua jam bermula 9.30 malam.

Katanya, inisiatif itu diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sendiri untuk keselamatan dan kepentingan awam yang menggunakan perkhidmatan di terminal terbabit.

“Inisiatif ini juga bertujuan mencegah penularan wabak terbabit dan memastikan tiada sebarang jangkitan,” katanya sambil meminta orang ramai yang tiada keperluan untuk ke TSK supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Berita Harian X