Isnin, 16 March 2020 | 1:17pm
Seorang jemaah memakai topeng penutup mulut dan hidung dalam kawasan masjid. - NSTP/Aswadi Alias
Seorang jemaah memakai topeng penutup mulut dan hidung dalam kawasan masjid. - NSTP/Aswadi Alias

Jemaah tabligh di Perak dilarang bergerak

IPOH: Jemaah tabligh di Perak dilarang menjalankan kegiatan mereka sebagai langkah dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, berkata mereka dilarang menjalankan aktiviti di kawasan masjid dan surau untuk sementara waktu.

Menurutnya, jawatankuasa kariah juga diminta memeriksa masjid dan surau yang dikunjungi jemaah tabligh, terutama yang menyertai perhimpunan di Masjid Seri Petaling, Selangor supaya membuat saringan kesihatan di pejabat kesihatan berhampiran.

“Pastikan masjid dan surau berkenaan melakukan proses nyah-kuman jika terdapat gejala terbabit dan mendapatkan nasihat serta panduan dari Pejabat Kesihatan Daerah dalam semua urusan berkaitan.

“Jawatankuasa kariah juga perlu bertindak jika sudah mengenal pasti individu terbabit agar tidak mengunjungi masjid dan surau.

“Larangan ini bersifat sementara bagi membendung penyebaran wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X