Khamis, 5 March 2020 | 8:50pm
Semua masjid dan surau di Selangor diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah pada bacaan qunut solat Subuh berikutan peningkatan jangkitan COVID-19. - Foto hiasan
Semua masjid dan surau di Selangor diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah pada bacaan qunut solat Subuh berikutan peningkatan jangkitan COVID-19. - Foto hiasan

COVID-19: Semua masjid, surau di Selangor diminta baca Qunut Nazilah

SHAH ALAM: Mulai esok, semua masjid dan surau di Selangor diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah pada bacaan qunut solat Subuh berikutan peningkatan jangkitan COVID-19 di negara ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, berkata umat Islam harus sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT supaya melindungi negara daripada wabak berkenaan.

“Justeru, JAIS ingin memohon semua masjid dan surau untuk membaca Qunut Nazilah di dalam bacaan qunut solat Subuh berkuat kuasa serta-merta,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, bacaan Qunut Nazilah wajar diteruskan setiap hari sehingga penularan wabak itu diselesaikan sepenuhnya.

Di samping itu pegawai dan jawatankuasa masjid serta surau di Selangor juga perlu sentiasa peka dengan langkah-langkah pencegahan.

Berita Harian X