Ahad, 1 March 2020 | 6:15pm
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud (tengah) bersama dengan pegawainya menunjukkan rampasan sejumlah dadah jenis syabu dan estasy bernilai RM259,900 dan wang tunai bernilai RM74,900 tertumpasnya kumpulan pengedaran dadah yang diketuai 'Abang Man' dalam serbuah di Kampung Sireh di Kampung Sireh ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Pengkalan Chepa. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud (tengah) bersama dengan pegawainya menunjukkan rampasan sejumlah dadah jenis syabu dan estasy bernilai RM259,900 dan wang tunai bernilai RM74,900 tertumpasnya kumpulan pengedaran dadah yang diketuai 'Abang Man' dalam serbuah di Kampung Sireh di Kampung Sireh ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Pengkalan Chepa. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Dua beranak edar dadah

KOTA BHARU: Dua beranak berdepan dengan hukuman gantung kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah apabila polis menemui sejumlah dadah jenis syabu dan ecstasy bernilai RM259,900.

Penemuan itu dibuat dalam serbuan sepasukan polis dari cawangan siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada jam 12.45 tengah malam semalam di sebuah premis memproses makanan ringan di Kampung Sireh.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata ketika serbuan, terdapat tiga lelaki tempatan berusia 25, 32 dan 56 tahun yang mana dua daripadanya adalah bapa dan anak dalam sebuah bilik di hadapan premis itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu kotak berwarna coklat tidak bertutup di atas sofa, berisi lima bungkusan plastik berwarna hijau yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 5,185 gram.

“Turut ditemui empat bungkusan plastik yang setiap satunya berisi pil pelbagai warna disyaki dadah jenis ecstasy berjumlah 1,750 biji dan wang tunai bernilai RM74,900.

“Kesemua dadah itu dianggarkan bernilai RM259,900 mengikut harga pasaran semasa. Turut disita sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz bernilai RM50,000,” katanya ketika sidang media, di pejabatnya di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, hasil ujian saringan mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak memiliki rekod lampau.

Siasatan awal mendapati bekalan dadah itu diperoleh dari Thailand yang disasarkan untuk pasaran sekitar Kota Bharu sementara premis terbabit dimiliki isteri kepada seorang suspek.

Katanya, hasil daripada risikan yang dijalankan didapati kegiatan pengedaran itu bergerak aktif sejak sebulan lalu.

“Kumpulan itu menjalankan pengedaran dadah jenis syabu dan ecstasy kepada penagih dan pengedar sekitar Jalan Hamzah, Kampung Lembah Sireh dan Lundang dalam bentuk satu bar (50 gram) dengan harga RM1,300 manakala ecstasy pula RM30 sebiji bergantung kepada nilai pasaran semasa.

“Seorang suspek direman bermula kelmarin hingga 4 Mac manakala dua lagi disambung reman sehingga 9 Mac ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Berita Harian X