Rabu, 22 Januari 2020 | 7:16pm
Pengerusi Yayasan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Datin Jasmine Abdullah Heng (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga di Kampung Baru Benta. - NSTP/Roselan Ab Malek
Pengerusi Yayasan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Datin Jasmine Abdullah Heng (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga di Kampung Baru Benta. - NSTP/Roselan Ab Malek

Yayasan MRCB sumbang RM30 ribu kepada mangsa kebakaran

LIPIS: Yayasan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menyumbang sejumlah RM30 ribu kepada 10 keluarga mangsa kebakaran rumah di Kampung Baru Benta pada 30 Oktober lalu.

Pengerusi Yayasan MRCB, Datin Jasmine Abdullah Heng, berkata sumbangan RM3,000 kepada setiap keluarga terbabit diharap dapat mengurangkan beban mereka.

“Yayasan MRCB komited untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan pihak kurang bernasib baik,” katanya.

Beliau berkata, Yayasan MRCB turut merangka beberapa program baharu yang akan dilancarkan, tahun ini, untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan di seluruh negara.

Setakat ini, katanya, yayasan berkenaan sudah membelanjakan sebanyak RM1.3 juta untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, termasuk membantu pelajar sekolah yang kurang bernasib baik.

“Antaranya, melaksanakan Program Balik Ke Sekolah dan beberapa klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tujuh sekolah angkat di Selangor, Perak, Pulau Pinang serta Wilayah Persekutuan.

“Yayasan MRCB turut melancarkan program makanan selama setahun untuk 384 pelajar kurang bernasib baik di 12 sekolah seluruh negara,” katanya.

Berita Harian X