Ahad, 5 Januari 2020 | 1:28pm
Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Sembawang Tatau. - Foto Erika George
Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Sembawang Tatau. - Foto Erika George

Tindakan pantas penduduk selamatkan rumah panjang

BINTULU: Tindakan pantas penduduk memadam kebakaran bahagian dapur milik sebuah keluarga di Rumah Panjang Sembawang di Jalan Bintulu - Sibu, di sini berjaya menyelamatkan kediaman 13 lagi keluarga daripada musnah terbakar semalam.

Kebakaran yang berlaku jam 11 pagi itu berjaya dipadamkan beberapa penduduk yang kebetulan yang berada di unit kediaman masing-masing di rumah panjang berkenaan ketika kejadian.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Tatau, Jankey Jikat, berkata ketika kejadian, kebanyakan penghuni rumah panjang itu sudah keluar bekerja dan pergi ke kebun.

“Mereka bernasib baik kerana tindakan pantas penduduk yang masih berada di rumah panjang berkenaan berjaya menyelamatkan unit kediaman lain daripada musnah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Sembawang Tatau. - Foto Erika George
Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Sembawang Tatau. - Foto Erika George

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.31 pagfi sebelum anggotanya dikejarkan ke lokasi bagi menyalurkan bantuan.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas turut membantu penduduk memadam kebakaran. Kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh 45 minit,” katanya.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas janakuasa elektrik yang disambung ke bahagian dapur.

Berita Harian X