Sabtu, 9 November 2019 | 9:42pm
Antara rumah yang terjejas banjir di Kampung Limpijas Membakut berikutan hujan yang melanda kawasan ini sejak dua hari lalu. - Foto BERNAMA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif (kanan) ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana Alam, di Selagon, Beaufort. - Ihsan Jabatan Penerangan Sabah
Samilin Malibin, 45, bersama ibunya Norotiah Angilong, 71, (kanan) dari Kampung Kayai Membakut adalah antara mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir di Beaufort hari ini. - Foto BERNAMA

Mangsa banjir meningkat kepada 103 orang

BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir di Membakut, di sini meningkat kepada 103 orang berbanding 97 orang sebelum ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort, Leftenan Mayroof Koibil, berkata pertambahan jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Bencana Alam di Selagon membabitkan sebuah keluarga dari Kampung Baitam Baru.

“Mangsa banjir terdiri daripada 32 keluarga itu dari lima kampung termasuk Kampung Baitam, Kampung Jambatan Baru, Kampung Baitam Laut, Kamoung Baitam Baru dan Kampung Kayai,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mayroof berkata, bacaan terkini paras air Sungai Membakut setakat ini berada pada tahap amaran iaitu 6.10 meter.

Terdahulu, semua mangsa yang ditempatkan di pusat itu belum dibenarkan pulang berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Berita Harian X