Jumaat, 11 Oktober 2019 | 4:49pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menunjukkan pelan pembinaan terowong dari Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu selepas majlis menandatangani perjanjian "Sub-Agreement In Relation to The Construction of A By-Pass from Bandar Baru Ayer Itam Connecting to Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Package 2)" di Pulau Pinang dengan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) hari ini. - Foto BERNAMA

Pakej kedua pembinaan 3 jalan utama di Pulau Pinang bermula 31 Oktober

GEORGETOWN: Pakej kedua pembinaan tiga jalan utama di Pulau Pinang yang menghubungkan jajaran Air Itam di Lebuh Raya Thean Teik ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, akan bermula 31 Oktober ini.

Projek sepanjang 5.7 kilometer (KM) dan menelan kos RM851.04 juta itu akan mengambil masa 36 bulan untuk disiapkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata pembinaan jalan itu adalah sebahagian daripada skop bawah inisiatif Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP), dengan 70 peratus daripadanya merangkumi seksyen jejambat.

“Jajaran pintasan dari Air Itam ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (pakej kedua) adalah salah satu komponen bawah projek jalan utama dan terowong di Pulau Pinang, bertujuan menambah baik penyuraian trafik di lokasi dikenal pasti berdepan kesesakan serius.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (dua dari kiri) bersama Pengerusi Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Tan Sri Azmi Khalid (dua dari kanan) menunjukkan pelan projek pada Majlis Menandatangani Perjanjian 'Sub-Agreement In Relation To The Construction Of A By-Pass Bandar Baru Ayer Itam (Farlim) Connecting To Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Package 2)' di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Turut bersama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (tengah); Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Sarul Bahiyah Abu (kiri); dan Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Datuk Lee Chee Hoe. - Foto Danial Saad

“Projek ini ditawarkan kepada syarikat konsesi, Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, pada 2017 melalui proses tender terbuka.

“Hasil kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 7 November 2017, kerajaan negeri mencadangkan pakej kedua ini dilaksanakan terlebih dulu. Ia sudah dimaklumkan kepada syarikat konsesi bagi penyediaan dokumen kontrak untuk membolehkan fasa ini dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili kerajaan negeri menandatangani perjanjian pakej kedua pembinaan jajaran Bandar Baru Air Itam menghubungkan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, dengan Consortium Zenith Construction di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, hari ini.

Consortium Zenith Construction diwakili Pengerusinya, Tan Sri Azmi Khalid.

Dua lagi projek bawah komponen pembinaan jalan utama negeri ini ialah pakej pertama membabitkan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, dan pakej ketiga dari Persiaran Gurney dan sekitar pusat perniagaan Georgetown ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Tiga projek jalan berkembar itu termasuk dalam cadangan pelaksanaan projek PIP yang turut merangkumi terowong dasar laut, projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) dan Penang Sky Cab.

Pelaksanaan PSR membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar, dibina bagi membiayai pelbagai projek infrastruktur dalam PIP bernilai RM46 bilion, antaranya pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, teksi air, kereta kabel, terowong dasar laut dan beberapa lebuh raya.

Berita Harian X