Jumaat, 4 Oktober 2019 | 3:57pm
SEBAHAGIAN dari penuntut dari empat Politeknik hadir bergotong royong pada Program Semarak Keusahawanan dan Kesenian untuk mengutip dana tanah wakaf kubur di Masjid Bandar Springhill, Port Dickson. NSTP/Mohd Khidir Zakaria

Masjid Bandar Springhill kutip dana bangunkan tanah kubur

PORT DICKSON: Masalah tanah kubur yang berlarutan sejak 10 tahun lalu mendorong Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Springhill dan Pertubuhan Khairat Kematian melancarkan Tabung Dana Wakaf Pembukaan Tanah Kubur Penduduk Islam Bandar Springhill.

Pengerusi Masjid Bandar Springhill, Mohd Fadzli Mohd Yunus, berkata tabung berkenaan dilancarkan pada program Semarak Keusahawanan dan Malam Kesenian Islam yang diadakan di masjid berkenaan malam tadi.

“Selepas beberapa perbincangan antara wakil penduduk dan pihak pemaju, kami sepakat mengumpul dana untuk membangunkan tanah kubur.

SEBAHAGIAN dari penuntut dari empat Politeknik hadir bergotong royong pada Program Semarak Keusahawanan dan Kesenian untuk mengutip dana tanah wakaf kubur di Masjid Bandar Springhill, Port Dickson. NSTP/Mohd Khidir Zakaria
SEBAHAGIAN dari penuntut dari empat Politeknik hadir bergotong royong pada Program Semarak Keusahawanan dan Kesenian untuk mengutip dana tanah wakaf kubur di Masjid Bandar Springhill, Port Dickson. NSTP/Mohd Khidir Zakaria

“Kariah diberikan empat hektar tanah oleh pemaju perumahan tetapi kawasan sekitar masih belum dibangunkan menyebabkan jalan ke kawasan itu yang terletak hampir tiga kilometer perlu dibuat terlebih dahulu.

“Apa yang penting kita perlu buat jalan dulu. Kita berharap ia dapat dimulakan pada Januari tahun depan,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Mohd Fadzli berkata, satu perbincangan antara pihak pengurusan masjid dan Pertubuhan Khairat Kematian turut diadakan sebelum sepakat mengadakan program terbabit.

Katanya, program berkenaan berjaya menarik kehadiran kira-kira 1,000 pengunjung.

“Selain itu, seramai 120 pelajar Politeknik Port Dickson, Politeknik Nilai, Politeknik Sabak Bernam dan Kolej Komuniti Tanjong Karang, Selangor turut menyertai program ini. Mereka mengikuti pelbagai aktiviti diadakan termasuk bergotong-royong membersihkan tiga surau dan masjid.

“Terdapat 14 gerai jualan peniaga tempatan dan persembahan nyanyian serta ceramah berkaitan kebaikan sedekah daripada Dai Izzhar,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, orang ramai yang mahu menyumbang dan mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubunginya di talian 017-6707172 atau berjumpa dengan ahli jawatankuasa Masjid Bandar Springhill.

Berita Harian X