Rabu, 25 September 2019 | 3:36pm
Antara yang ditahan dalam operasi Op Sarang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama Pasukan Polis Marin (PPM) di Kampung Pulau Sepanggar, malam tadi. - Foto ihsan Polis

7 ditahan Op Sarang Kampung Nelayan

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan perkampungan nelayan di sekitar bandar raya ini menjadi tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha memerangi kegiatan pemilikan dan penyalahgunaan dadah.

Dalam Ops Sarang yang dilancarkan di Kampung Pulau Sepanggar semalam, tujuh lelaki ditahan selepas didapati terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu.

Operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata serbuan membabitkan kekuataan lima pegawai dan 18 anggota, dengan keseluruhannya 13 individu diperiksa di kawasan perkampungan itu.

Antara yang ditahan dalam operasi Op Sarang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama Pasukan Polis Marin (PPM) di Kampung Pulau Sepanggar, malam tadi. - Foto ihsan Polis
Antara yang ditahan dalam operasi Op Sarang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama Pasukan Polis Marin (PPM) di Kampung Pulau Sepanggar, malam tadi. - Foto ihsan Polis

“Hasil pemeriksaan lanjut, hanya tujuh lelaki berusia lingkungan 21 hingga 46 tahun ditahan, manakala selebihnya dibebaskan selepas didapati tidak terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu.

“Keseluruhannya, lima disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua lagi disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Habibi berkata, individu ditahan membabitkan lima warga tempatan serta dua warga asing, selain turut menyaksikan sejumlah 0.67 gram syabu dirampas.

“PDRM akan terus memperhebatkan usaha berterusan menangani aktiviti penyalahgunaan dadah dari semasa ke semasa.

“Ops Sarang juga bertujuan mengenal pasti ahli sindiket pengedaran dadah yang wujud dan penagih tegar di kawasan perkampungan nelayan seperti kawasan serbuan ini,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dadah melalui Hotline IPD Kota Kinabalu di talian 088-529220, 088-529211 atau WhatsApp ke talian 019-2182729 untuk tindakan segera.

Berita Harian X