Ahad, 28 April 2019 | 1:50pm
SEBAHAGIAN pelajar Tingkatan Empat dan Lima di seluruh Melaka menyertai kursus haji perdana dengan mendengar taklimat dan praktikal di Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, Melaka.

ANTARA pelajar yang menyertai kursus haji perdana di Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, Melaka.SEBAHAGIAN pelajar Tingkatan Empat dan Lima di seluruh Melaka menyertai kursus haji perdana dengan mendengar taklimat dan praktikal di Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, Melaka.

Lebih 900 pelajar sertai kursus haji perdana

MELAKA: Lebih 900 pelajar Tingkatan Empat dan Lima di seluruh negeri ini menyertai kursus haji perdana di Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, di sini.

Program itu adalah anjuran Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka bersama Lembaga Tabung Haji (TH) negeri di sekolah berkenaan.

Pelajar Tingkatan Lima, SMK Kem Terendak, Mohd Ikhwan Mohd Haifudin, berkata kursus berkenaan dapat memberikan gambaran sebenar menunaikan ibadat haji di Makkah.

Katanya, bermula dengan niat, seterusnya pemakaian ihram dan semua proses haji itu dilakukan secara praktikal termasuk binaan Kaabah persis reka bentuk di kota suci yang membolehkan pembelajaran berlangsung dengan penuh fokus.

“Kami juga diajar cara tawaf mengelilingi Kaabah, bacaan serta saei, melontar jamrah dan berwukuf di Arafah dengan simulasi di padang sekolah terbabit.

“Program ini memberi makna besar buat kami berikutan ia pendedahan paling penting berkaitan apa yang dilalui bakal haji ataupun umrah,” katanya.

Rakannya, Muhammad Amir Hakimi Mohd Izwan, 17, berkata sebelum ini dia hanya memperoleh maklumat berkaitan ibadat haji melalui buku, televisyen, dan menonton di Youtube, namun tidak sangka berpeluang melakukan simulasi dan praktikal dengan bimbingan pakar dalam bidang terbabit melalui kursus itu.

Katanya, kursus berkenaan juga meningkatkan kefahaman dalam subjek Pengajian Islam ysng dipelajari di Tingkatan empat selain ulang kaji bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.

Sementara itu, Mutawwif, Helmi Akhtar Abdul Malik, berkata progam berkenaan secara langsung menanam keazaman tinggi peserta untuk menunaikan haji pada usia muda.

Beliau berkata, mereka diberi pendedahan jelas berkaitan perjalanan umrah dan haji sekali gus membina fikiran positif untuk berjaya dalam pembelajaran selain menambah ilmu Islam masing -masing.

Berita Harian X