Jumaat, 15 Februari 2019 | 3:06pm
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerima kunjungan hormat daripada pengurusan kanan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan Media Prima Berhad (MPB) yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak (dua dari kanan) di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu. Turut hadir, Pengurus Besar Kumpulan Jabatan Komunikasi Korporat MPB, Azlan Abdul Aziz (kiri), Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid (dua dari kiri) serta Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan). - Foto Malai Rosmah Tuah

Shafie terima kunjungan hormat pengurusan NSTP, MPB

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengurusan kanan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan Media Prima Berhad (MPB) di pejabat beliau di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu.

Kunjungan disertai Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak; Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengurus Besar Kumpulan Jabatan Komunikasi Korporat MPB, Azlan Abdul Aziz.

Pertemuan selama kira-kira 30 minit itu, antara lain menjelaskan mengenai operasi akhbar terbitan NSTP dan saluran televisyen di bawah MPB, selain perancangan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi program memberi kesan kepada rakyat.

Berita Harian X