Rabu, 12 Disember 2018 | 10:55am
AHLI keluarga mangsa kebakaran di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menuntut jenazah. - NSTP/L.Manimaran

Kerajaan Perak tanggung kos pengebumian mangsa kebakaran

IPOH: Kerajaan negeri akan membantu keluarga semua mangsa yang terbabit dalam tragedi letupan dan kebakaran sebuah premis perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari, berkata antara bantuan yang akan diberikan ialah menanggung semua kos pengurusan jenazah.

“Saya dimaklumkan oleh keluarga urusan pengebumian sudah dimulakan keluarga mangsa jadi pihak kerajaan negeri akan menanggung segala kos berhubung pengebumian.

“Kebetulan kelima-lima remaja ini dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) saya (Tebing Tinggi), jadi kita buat masa ini akan uruskan kos dan bantuan yang lain kita akan bincang dengan keluarga kemudian,” katanya ketika ditemui selepas menziarah keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

DR Abdul Aziz Bari (kanan) bersama waris mangsa ketika menunggu proses menuntut jenazah mangsa kebakaran unit rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju semalam ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). - Foto BERNAMA

Abdul Aziz berkata, keluarga mangsa terutama lima remaja berkenaan adalah daripada kalangan orang susah dan adalah wajar kerajaan membantu.

Katanya, pihak hospital sudah memberi jaminan urusan pengecaman mayat dapat diselesaikan menjelang tengah hari ini.

“Saya dimaklumkan, proses pengecaman mangsa ini memang akan ambil masa, tetapi ia masih dalam kemampuan hospital untuk mengendalikannya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu membabitkan pelajar yang bekerja sambilan, beliau berkata adalah satu perkara biasa pelajar melakukan kerja sambilan ketika musim cuti sekolah.

“Bagaimanapun, ia perlu dipantau oleh ibu bapa sama ada pekerjaan dilakukan itu berisiko tinggi atau tidak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Berita Harian X