Ahad, 21 Oktober 2018 | 9:42pm
SERAMAI 600 peserta menyertai Larian Green Fun Run 2018 yang berlangsung dengan meriah di Politeknik Port Dickson. - Foto Mohd Khidir Zakaria
SERAMAI 600 peserta menyertai Larian Green Fun Run 2018 yang berlangsung dengan meriah di Politeknik Port Dickson. - Foto Mohd Khidir Zakaria
PESERTA bergambar selepas menerima hadiah selepas menyertai Larian Green Fun Run 2018 yang berlangsung dengan meriah di Politeknik Port Dickson. - Foto Mohd Khidir Zakaria
PESERTA bergambar selepas menerima hadiah selepas menyertai Larian Green Fun Run 2018 yang berlangsung dengan meriah di Politeknik Port Dickson. - Foto Mohd Khidir Zakaria

600 peserta meriahkan Larian Green Fun Run 2018

PORT DICKSON: Seramai 600 peserta menyertai Larian Green Fun Run 2018 yang berlangsung di Politeknik Port Dickson di sini, semalam.

Acara larian sejauh tujuh kilometer anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Politeknik Port Dickson itu diadakan sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan 2018.

Jurucakap urus setia program berkenaan, Noor Hairunnisa Mohamad, berkata semua peserta bagi enam kategori larian yang pertama kali diadakan itu dilepaskan serentak pada jam 7.30 pagi.

“Program ini sebahagian tanggungjawab sosial korporat kami untuk mengajak komuniti memupuk gaya hidup sihat menerusi penganjuran acara sukan seumpama ini.

“Jumlah peserta yang menyertai program ini mencapai sasaran kami sekali gus menunjukkan kejayaan dalam memupuk kesedaran gaya hidup sihat.

“Kesungguhan peserta untuk menamatkan larian membuktikan objektif untuk menerapkan gaya hidup sihat sudah berjaya,” katanya.

Noor Hairunnisa berkata, LPNS akan sentiasa menyokong program sedemikian, lebih-lebih lagi dengan perkembangan komuniti larian di negara ini yang semakin meningkat dan aktif.

Berita Harian X