Ahad, 21 Oktober 2018 | 3:33pm
Pengarah JKKP negeri, Mohd Zahari Hitam (lima dari kiri), Timbalan Pengarah Bahagian Industri Kecil dan Sederhana JKKP Pusat, Ir Amiruddin Ali (empat kanan) dan Timbalan Pengarah (Operasi), Mohd Nizam Ali (empat kiri) bersama peserta selepas penyampaian sijil pada majlis penyelaras keselanatan dan kesihatan pekerjaan di ibu pejabat Perkeso negeri hari ini. - Foto Baharom Bakar

82 kes kemalangan tempat kerja

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 82 kes kemalangan, termasuk tiga kes membabitkan kematian berlaku di tempat kerja di seluruh negeri tahun ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri, Mohd Zahari Hitam, berkata jumlah pekerja yang Hilang Upaya Kekal (HUK) seramai tiga orang dan 76 lagi dikategorikan sebagai Tidak Hilang Upaya Kekal (THUK).

Katanya, kes kemalangan di tempat kerja di negeri ini menurun sebanyak 24 kes jika dibandingkan sebanyak 106 kes sepanjang tahun lalu.

“Tahun lalu, seramai lima pekerja maut, lima hilang upaya kekal dan 96 kes lagi dikategorikan THUK,” katanya ketika berucap sempena penyampaian sijil penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) Sektor Perkhidmatan di Dewan Redang, Wisma Perkeso, di sini, hari ini.

Yang turut hadir adalah Timbalan Pengarah Bahagian Industri Kecil dan Sederhana, Sektor Bukan Kilang JKKP Pusat, Ir Amiruddin Ali dan Timbalan Pengarah (Operasi) JKKP negeri, Mohd Nizam Ali.

Mohd Zahari berkata, sektor pengilangan atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah penyumbang kemalangan pekerjaan tertinggi iaitu sebanyak 56 peratus, manakala sektor pertanian 20 peratus, perkhidmatan 10 peratus dan lain-lain sektor 14 peratus.

“Sebanyak 137,558 premis diperiksa bagi mengurangkan kes kemalangan terutamanya membabitkan kematian dan kecederaan sehingga pekerja hilang upaya kekal,.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 15,759 notis dikeluarkan, 315 kesalahan dikenakan kompaun dan 123 kes majikan didakwa berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,” katanya.

Berita Harian X