Sabtu, 11 Ogos 2018 | 5:02pm
AKTIVITI derma darah sempena program Kempen Derma Darah anjuran Hotel Grand Paragon dengan kerjasama HSA di lobi Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. - Foto Nurul Amanina Suhaini
AKTIVITI derma darah sempena program Kempen Derma Darah anjuran Hotel Grand Paragon dengan kerjasama HSA di lobi Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. - Foto Nurul Amanina Suhaini

Hotel Grand Paragon tingkat kesedaran derma darah

JOHOR BAHRU: Hotel Grand Paragon, di sini, mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Derma Darah sebagai usaha meningkatkan kesedaran menderma, di lobi hotel itu, hari ini.

Inisiatif itu menyaksikan kehadiran kakitangan hotel, komuniti setempat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan sasaran seramai kira-kira 100 penderma.

Pengurus Besarnya, Yeo Siu Ling, berkata penganjuran yang memasuki kali keenam itu mendapat kerjasama Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Katanya, program turut disertai empat NGO iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Kelopak Merah Johor, Persatuan Seni Silat Sending Panji, Amanah Kualiti Rasional Cemerlang Bersatu dan Permotoran Zaman Kini.

PENGURUS Besar Hotel Grand Paragon, Yeo Siu Ling (tiga dari kanan) mengadakan lawatan derma darah sempena program Kempen Derma Darah anjuran Hotel Grand Paragon dengan kerjasama HSA di lobi Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. - Foto Nurul Amanina Suhaini

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan membantu mengisi tabung darah HSA demi membantu mereka yang memerlukannya.

“Tahun lalu, seramai 75 penderma menyertai program ini. Kami berharap aktiviti tahun ini dapat membantu menyelamatkan nyawa ramai orang,” katanya ketika ditemui di sini.

Siu Ling berkata, program sehari bermula jam 11 pagi itu dilihat mendapat sambutan menggalakkan, berikutan kesedaran tinggi warga bandar raya ini mengenai kepentingan menderma darah.

“Kempen ini menunjukkan keprihatinan orang ramai untuk menderma darah dan sama-sama meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

“Derma darah menjadi aktiviti yang bermakna dan mudah, malah ia secara tidak langsung mendorong keluarga dan rakan mereka mengikuti amalan mulia ini.

“Hotel Grand Paragon sentiasa mencari pelbagai cara bagi menyumbang kepada komuniti dan ini platform yang bertepatan, sekali gus memberikan manfaat secara bersama,” katanya.

Berita Harian X