Khamis, 19 April 2018 | 5:25pm
KEADAAN kesesakan lalu lintas berikutan banjir kilat dan hujan di sekitar Bulatan Pahang menghala ke Jalan Genting Klang. - Foto Eizairi Shamsudin

Hujan lebat laluan utama KL sesak

KUALA LUMPUR: Berlaku kesesakan di beberapa laluan utama sekitar ibu negara susulan hujan lebat bermula sekitar jam 4 petang tadi selain ada laluan terbabit dinaiki air akibat banjir kilat.

Antara laluan di tengah ibu negara yang dilaporkan berlaku kesesakan adalah Jalan Bukit Bintang ke Jalan Sultan Ismail; Jalan Sultan Ismail ke Jalan Raja Chulan; Jalan Sultan Ismail ke Jalan Kuching; Jalan Ampang ke Jalan Sultan Ismail; Jalan Ampang ke Jalan Jelatek dan Bulatan Pahang ke Jalan Genting Kelang.

Menurut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kesesakan turut berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Satu (MRR1) di Jalan Maharajalela ke Jalan Kinabalu; Jalan Kuching (PWTC) ke Jalan Kinabalu; Bulatan Kepong ke susur DUKE/Segambut; Bulatan Kepong ke Taman Wahyu.

Trafik di Jalan Tuanku Abdul Halim ke Jalan Damansara turut dilaporkan perlahan, manakala Jalan Damansara ke Jalan Istana; Jalan Istana ke Jalan Damansara; Jalan Tun Razak (TH Selborn) ke Bulatan Pahang dan Jalan Tun Razak (Ampang Park) ke Menara RHB berlaku kesesakan.

Laluan Kuala Lumpur - Seremban dari Kuchai Lama ke Taman Desa turut mengalami kesesakan.

Trafik juga sesak Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dari Bandar Tasik Selatan dan Taman Midah ke Desa Tun Razak dan Ampang Hilir ke Ulu Kelang turut dilaporkan berlaku kesesakan.

Selain itu, kesesakan turut dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Persekutuan di Subang Jaya ke Batu Tiga; Jalan Barat (Hilton) ke Seri Setia; Jalan Timur ke Seputeh; Jalan Syed Putra ke Seputeh; Jalan Bangsar ke Jalan Maarof serta Taman Desa ke Seputeh.

Berita Harian X