Jumaat, 23 March 2018 | 2:18pm

Gangguan bekalan air di NS

SEREMBAN: Pengguna di beberapa kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Selasa depan berikutan kerja menggantikan pam dan menguji injap di Loji Rawatan Air Linggi di Port Dickson.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail, berkata gangguan bekalan air berjadual di kawasan terbabit dijangka 24 jam mulai jam 8 pagi.

"Kerja terbabit adalah antara usaha berterusan SAINS menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa depan.

"Bekalan air akan disambung semula secara berperingkat selepas jam 8 pagi Rabu. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama.

"SAINS akan mengambil langkah proaktif dengan menghantar lori tangki, selain menempatkan tangki statik jika gangguan bekalan air melebihi 24 jam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Antara kawasan terbabit di Seremban ialah Taman Pinggiran Senawang, Sekolah Dato' Abdul Razak, RTM, Ladang Batu 11, Kilang GMP, Senawang Rest and Relax, Senawang Perdana, Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Kampung Sega Hilir dan Jalan Kuala Sawah.

Turut terjejas ialah Ladang Kuala Sawah, Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kampung Belangkan, Industri Nilam Ribu, Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening, Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air Kuning, Taman Permata, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Ladang Siliau dan Kampung Sungai Sendayan.

Di Port Dickson, antara kawasan terbabit ialah Golf & Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, 5 Jalan Pantai camps, Selesa Beach Resort, Batu 4 Jalan Pantai camps, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Cabot Factory, Hotel Corus dan Hotel Sunshine Bay.

Turut tersenarai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad, Petron Refinery, Shell Refinery (Line 1 dan 2), Batu 1 Jalan Pantai Hemodialysis centre, PD Water Front, Pekan Port Dickson, TNB (Tuanku Jaafar), Hotel Leparis, Health clinic (Hospital Lama), Seafront Hotel, Hotel Lexis dan Springhill.

Daerah Rembau membabitkan Taman Chembong Utama, Balai Polis Chembong, Sekolah Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kampung Pedas Batu 4 (Kanan & Kiri), Taman Pinggiran Pedas, Kampung Minching Baru, Sungai Ibor Batu 3, Kampung Minching Lama, Taman Pedas Indah, ILP Pedas dan ILP Kampung Sungai Ibor.

Selain itu, Kampung Seberang Batu 2, Sekolah Kebangsaan Pedas, Kampung Seberang Batu 1, Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Lalah, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri, Jalan Tok Samad, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato' Keramat, Taman Exora dan Kundur.

Berita Harian X