Sabtu, 10 March 2018 | 9:29pm
GELAGAT sebahagian 2000 peserta berpakaian Traditional Terengganu melalui Jambatan Kayu Pulau Sekati dalam Larian Fang Rang (Kuala Terengganu Residen (KUTERER) 2018 sejauh 3km yang bermula di Muzium Negeri. - Foto Ghazali Kori

Larian santai Fang Rang 2018 berlangsung meriah

KUALA TERENGGANU: Acara larian santai, Fang Rang (Fun Run) 2018 anjuran Muzium Negeri, hari ini yang mengangkat tema pakaian tradisi berjaya menampilkan 1001 keindahan dan imej budaya hidup masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Kemeriahan turut dirasai apabila 2,300 peserta yang menyertai larian itu memberi kerjasama baik apabila ramai yang berpakaian seakan pahlawan, serikandi dan nelayan.

Selain imej pahlawan, srikandi dan nelayan yang mencuri tumpuan, watak wanita dahulu kala selain pakaian tradisional masyarakat Cina dan India juga menjadi pilihan peserta tanpa mengira peringkat umur termasuk golongan si cilik.

Pengarah program, Mohd Fadilah Mohamad berkata, berbeza acara larian yang kebiasaannya mencari pelari terpantas bagi kategori individu dan berkumpulan sebaliknya, pemenang Fang Rang 2018 dinilai berdasarkan pemakaian menarik bermula dari acara pelepasan hingga ke garisan penamat.

Katanya, sambutan yang diterima di luar jangkaan kerana sasaran awal hanyalah 1,000 peserta, tetapi jumlah itu meningkat mendadak mungkin kerana tema dan hadiah istimewa yang ditawarkan iaitu seekor kambing berharga RM1,200 bagi pemenang berkumpulan.

"Suasana hari ini cukup meriah seolah-olah kita berada di pesta kebudayaan dengan semua peserta berpakaian seragam seperti ditetapkan malah, rata-ratanya turut membawa aksesori tambahan sepertijala, bubu, sepanduk dan bunga manggar," katanya kepada media di sini.

Mohd Fadilah berkata, Fang Rang 2018 adalah program terbesar yang pernah dianjurkan kumpulan itu dan ia akan diteruskan sebagai acara tahunan berikutan maklumbalas positif yang diterima.

Sementara itu, Kategori Berpasukan dimenangi pasukan Seni Tari Terengganu sekali gus membawa pulang seekor kambing, manakala Terengganu Cycling Team (kedua) dan Kurik Kundi (ketiga).

Bagi individu, juara dimenangi Rosni Abdul Rahman mendapat hadiah telefon pintar berjenama Samsung dan kedua, Siti Rokiah dan Anne Suhaila (ketiga).

Salah seorang wakil Seni Tari Terengganu, Alani Fatini Abdul Rahman, 16, tidak menyangka penyertaan pertama kali mereka dalam acara larian berakhir dengan kemenangan yang tidak diduga.

"Kami berenam masuk sekadar untuk suka-suka dan terkejut apabila diumumkan menang kambing, walaupun haiwan berwarna putih ini comel tetapi kita mungkin akan menjualnya dan wang itu kemudian dibahagikan bersama lain," katanya.

Berita Harian X