Isnin, 5 Februari 2018 | 7:07pm
Sebahagian Basikal Lajak yang disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang setelah ditahan dalam Operasi Basikal Lajak di Jalan Jalan Taman Intan dan Jalan Taman Titiwangsa di Kluang pada 5.00 hingga 7.00 petang. - Foto Adnan Ibrahim

6 geng basikal lajak ditahan

KLUANG: Enam remaja lelaki berusia 13 tahun hingga 17 tahun ditahan di di Jalan Taman Intan dan Jalan Taman Titiwangsa, petang semalam, kerana menunggang basikal yang diubah suai secara berbahaya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Muhamad Laham berkata, serbuan selama dua jam bermula 5 petang dilakukan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selepas menerima aduan daripada orang ramai.

"Kami menahan enam remaja itu dan memanggil ibu bapa mereka untuk sesi penerangan dan kaunseling sebelum dibebaskan. Tiada denda dikenakan kerana mereka tidak berlumba ketika kejadian.

"Bagaimanapun, semua basikal disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mempunyai kelengkapan asas seperti brek dan loceng serta membahayakan penggunanya.

Remaja yang ditahan dalam Operasi Basikal Lajak di Taman Intan dan Taman Titiwangsa di Kluang. - Foto Adnan Ibrahim
Remaja yang ditahan dalam Operasi Basikal Lajak di Taman Intan dan Taman Titiwangsa di Kluang. - Foto Adnan Ibrahim

"Kami akan meneruskan pemantauan serta serbuan. Pada masa sama, kami berharap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui, hari ini..

Beliau berkata, ibu bapa perlu peka dengan basikal anak masing-masing dan jangan memberikan galakan untuk memiliki basikal lajak kerana ia menyalahi undang-undang serta membahayakan nyawa.

Berita Harian X