Sabtu, 2 Disember 2017 | 3:58pm
ANTARA peserta yang menyertai larian Gaya Hidup Sihat sempena Program Festival Crocker Range (TCRF) dan Sambutan Hari Anti-Rasuah Antarabngsa peringkat negeri di Keningau, hari ini. - Foto Francis Andin
ANTARA peserta yang menyertai larian Gaya Hidup Sihat sempena Program Festival Crocker Range (TCRF) dan Sambutan Hari Anti-Rasuah Antarabngsa peringkat negeri di Keningau, hari ini. - Foto Francis Andin

600 peserta meriahkan larian Hari Anti-Rasuah Antarabangsa

KENINGAU: Lebih 600 peserta menyertai larian Gaya Hidup Sihat sempena Program Festival Crocker Range (TCRF) dan Sambutan Hari Anti-Rasuah Antarabngsa peringkat negeri di sini, hari ini.

Pelepasan peserta dilakukan secara bersama oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Sazali Salbi dan Pengarah Kanan Domestik dan Pengurusan Program Kementerian Pelancongan, Datuk Ammar Ghapar.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Keningau, Yusop Osman dan Pengarah Program TCRF merangkap Pengarah Promosi Tahun Melawat Keningau, Rafie Robert.

Rafie berkata, acara itu salah satu pengisian sempena Festival TCRF dan kempen promosi Tahun Melawat Keningau 2018.

Katanya, program yang berkonsepkan `family city run' dengan jarak larian 4.5 kilometer membabitkan kategori lelaki dan wanita terbuka, junior dan veteran.

"Ia bertujuan memupuk semangat perpaduan terutama dalam kalangan peserta yang sebahagian besar terdiri daripada golongan belia pelbagai kaum di daerah ini.

"Program ini juga adalah kempen ke arah memupuk amalan dan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah termasuk bersenam serta larian," katanya di sini hari ini.

Berita Harian X