Jumaat, 17 November 2017 | 10:55pm
Pemenang anugerah daripada akhbar terbitan NSTP menunjukkan sijil masing-masing, dari kiri, Mohd Adam Arinin, Avila Geraldine Samuel dan Mohd Izham Unnip Abdullah Majlis Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan
Wartawan dan jurugambar daripada akhbar terbitan NSTP menunjukkan sijil kemenangan masing-masing selepas Majlis Malam Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu di Kota Kinabalu malam ini. Foto Lano Lan
Wartawan dan jurugambar daripada akhbar terbitan NSTP menunjukkan sijil kemenangan masing-masing selepas Majlis Malam Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu di Kota Kinabalu malam ini. Foto Lano Lan

BH raih 3 anugerah utama Kinabalu Shell Press Award

KOTA KINABALU: BH menggondol tiga anugerah utama Bahasa Melayu serta empat merit sempena Kinabalu Shell Press Awards 2017, malam ini.

Anugerah utama dimenangi Mohd Izham Unnip Abdullah menerusi Anugerah Berita Perniagaan dan Ekonomi, selain Poliana Ronnie Sidom bersama Mohd Izham menerusi Anugerah Berita Bahasa Melayu.

Satu lagi anugerah utama dimenangi wartawan sambilan BH Tawau, Abdul Rahemang Taiming menerusi Anugerah Berita Kategori Stringer.

Pemenang anugerah daripada akhbar terbitan NSTP bergambar beramai bersama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman selepas Majlis Malam Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan

Mohd Izham turut mendapat merit bagi kategori hiburan, manakala Suzianah Jiffar menang merit kategori Anugerah Kewartawanan Kinabalu dan Alam Sekitar, manakala Mohd Nazllie Zainul memenangi merit kategori Berita Stringer.

Sementara itu, jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Malai Rosmah Tuah memenangi kategori utama Anugerah Kewartawanan Foto, manakala Mohd Adam Arinin memenangi Anugerah Foto Stringer.

New Straits Times (NST) dan Harian Metro turut memenangi masing-masing satu kategori utama.

Wartawan NST, Avila Geraldine Samuel dan Roy Goh memenangi anugerah utama kategori Berita Bahasa Inggeris, manakala wartawan Harian Metro, Norasikin Daineh meraih anugerah utama Kategori Alam Sekitar Bahasa Melayu.

Hadiah utama disampaikan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. Yang turut hadir Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Muguntan Vanar.

Berita Harian X