Ahad, 5 November 2017 | 3:26pm
PESERTA 17 Balik Kampung Program Anak Angkat bergambar bersama selepas selesai program gotong royong di Masjid Al Muttaqin, Kampung Tedong. - Foto Norizzah Baharudin
PESERTA 17 Balik Kampung Program Anak Angkat bergambar bersama selepas selesai program gotong royong di Masjid Al Muttaqin, Kampung Tedong. - Foto Norizzah Baharudin
PENGERUSI Lembaga Pengurusan Masjid Kampung Tedong, Datuk Akbar Ali (duduk, kiri) melakukan penanaman pokok nadir di kawasan masjid pada 17 Balik Kampung Program Anak Angkat di Masjid Al Muttaqin, Kampung Tedong. - Foto Norizzah Baharudin

PESERTA 17 Balik Kampung Program Anak Angkat, Kolej 17 Universiti Putra Malaysia (UPM) menanam pokok nadir di kawasan Masjid Al Muttaqin, Kampung Tedong. - Foto Norizzah Baharudin
PESERTA 17 Balik Kampung Program Anak Angkat, Kolej 17 Universiti Putra Malaysia (UPM) menanam pokok nadir di kawasan Masjid Al Muttaqin, Kampung Tedong. - Foto Norizzah Baharudin
PENGERUSI Lembaga Pengurusan Masjid Kampung Tedong, Datuk Akbar Ali (tengah) melakukan penanaman pokok nadir di kawasan masjid pada 17 Balik Kampung Program Anak Angkat di Masjid Al Muttaqin, Kampung Tedong. - Foto Norizzah Baharudin

50 serta '17 Balik Kampung Program Anak Angkat'

JASIN: Seramai 50 penghuni Kolej 17 mahasiswa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor, menyertai program '17 Balik Kampung Program Anak Angkat' di Kampung Tedong, Merlimau, di sini.

Program selama tiga hari bermula kelmarin itu adalah anjuran Sekretariat Perpaduan dan Hubungan Luar, Kolej 17, UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tedong, Lembaga Pengurusan Masjid Masjid Al Muttaqin dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kampung Tedong.

Pengarah program, Che Thaqif Che Mustafha, berkata objektif program itu adalah memberi peluang kepada mahasiswa di luar negeri Melaka merasai sendiri budaya dan gaya hidup masyarakat setempat yang dikatakan kasar namun mesra.

"Sebelum ini kita mempunyai kampung angkat di Perak namun selepas rombakan dibuat kita memilih Kampung Tedong sebagai kampung angkat kerana tarikan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan popular," katanya ketika ditemui pada program gotong royong dan penanaman pokok nadir di Masjid Al Muttaqin, Kampung Tedong, Merlimau, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Al Muttaqin, Datuk Akbar Ali; Pengerusi JKKK Kampung Tedong, Ash'ari Komeng serta 21 keluarga angkat mahasiswa.

Che Thaqif berkata, pihaknya memperoleh dana daripada pihak pengurusan UPM, selain menjalankan kempen RM1 bagi seorang pelajar yang mana kutipan yang dilakukan pada setiap semester itu disalurkan kepada masjid kampung angkat.

Katanya, keramahan masyarakat di Melaka menjadi salah satu faktor Melaka menjadi pilihan mereka dalam menjayakan program kampung angkat dan ini adalah kali kedua kunjungan mereka ke Kampung Tedong selepas lima bulan lalu.

"Kita juga menanam 13 batang pokok nadir di sekeliling kawasan masjid, antaranya pokok asam gelugor, kundang, sentul, mentega, kayu manis, cermai, kelapa pandan, belimbing buluh, nam nam, rambai, putat, bidara dan binjai.

"Hasrat penanaman pokok nadir dan pokok bunga di kawasan masjid seiring dengan hasrat pengurusan masjid yang berhasrat menjadikan masjid ini berkonsepkan masjid dalam dusun dan taman dalam tempoh lima tahun dari sekarang," katanya.

Kata Che Thaqif, mereka akan terus merancang program susulan bagi memastikan program kampung angkat dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, seterusnya mengekalkan silaturahim bersama penduduk kampung.

Berita Harian X