Rabu, 6 September 2017 | 12:55pm
Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Selahuddeen Abd Aziz (kanan) beramah mesra dan memberi penghargaan kepada penderma darah paling aktif 2017, Ithnin Mohd Som ketika Majlis Apresiasi Kepada Penderma Darah dan Penganjur Kempen Derma Darah 2017 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. - Foto NSTP/Adi Safri

Derma darah 110 kali

MUAR: "Saya mula menderma darah ketika berusia 17 tahun," kata Ithnain Mohd Som, 62, yang menerima Anugerah Penderma Darah Paling Aktif daripada Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, hari ini.

Ithanain berkata, ketika pertama kali menderma darah, dia hanya hendak menyelamatkan datuk saudaranya yang memerlukan darah akibat terjatuh, tetapi tidak sangka terus menderma sehingga kini.

Bercerita mengenai peristiwa itu, beliau berkata, pada mulanya ada seorang rakan sekampung yang ingin menderma darah kepada datuk saudaranya tetapi tidak dapat melakukannya kerana takut.

"Jadi, saya mengambil alih peranannya untuk menderma darah. Masa itu, saya agak gementar kerana itulah pertama kali saya menderma darah dan tidak sangka ia dapat menyelamatkan datuk saudara saya.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Daerah, Ibupejabat Polis Daerah Muar, ASP Abd Kadir Mansur (kanan) diiringi Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Sal Atan (kiri) merasmikan Majlis Apresiasi Kepada Penderma Darah dan Penganjur Kempen Derma Darah 2017 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. - Foto NSTP/Adi Safri

"Sejak dari hari itulah saya terus menderma darah sekurang-kuranya empat kali dalam setahun. Selepas 45 tahun menderma darah, saya akhirnya diberitahu sudah menderma darah sebanyak 110 kali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penghargaan Kepada Penderma Darah dan Penganjur Kempen Derma Darah di HPSF di sini.

Yang turut hadir, Pengarah HPSF, Dr Selahuddeen Abdul Azizi; Timbalan Pengarah (Perubatan) HPSF, Dr Sal Atan dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) HPSF, Dr Fauziah Abd Aziz.

Ithanain berkata, beliau sebenarnya berasa seronok untuk terus menderma darah kerana ia bukan saja dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tetapi juga memberi manfaat dari sudut kesihatan.

Sementara itu, Selahuddeen berkata, majlis berkenaan diadakan bagi menghargai individu dan juga pihak yang sering membantu menganjurkan kempen menderma darah di daerah ini.

"Tanpa pihak ini sudah tentu HPSF tidak akan dapat melaksanakan fungsinya untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

MUAR 06 SEPTEMBER 2017. Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Daerah, Ibupejabat Polis Daerah Muar, ASP Abd Kadir Mansur (duduk, empat dari kanan) dan Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Sal Atan (duduk, tiga dari kiri) bersama penderma darah dan penganjur ketika Majlis Apresiasi Kepada Penderma Darah dan Penganjur Kempen Derma Darah 2017 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. - Foto NSTP/Adi Safri

"Derma darah ini penting kerana ia bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa kepada mangsa kemalangan, tetapi kepada pesakit lain seperti ibu bersalin dan yang menderita penyakit berkaitan darah.

"Alhamdulillah, bekalan darah di HPSF juga sentiasa mencukupi. Menerusi kempen derma darah ini juga secara tidak langsung membantu HPSF mempunyai pangkalan data penderma darah dan sekiranya kita berdepan kekurangan, kita akan terus menghubungi mereka jika keadaan memerlukan," katanya.

Berita Harian X