Rabu, 23 Ogos 2017 | 7:25pm
SERAMAI 1004 murid tadika daripada 50 buah tadika swasta yang menyertai Program Simulasi Haji Cilik anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dengan kerjasama Persatuan Pengusaha dan Guru Pra Sekolah Swasts Negeri Sembilan (PRASTANS) di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. - Foto Adzlan Sidek

Haji cilik

SEREMBAN: Kira-kira 1,000 kanak-kanak dari 50 tadika swasta sekitar daerah ini menyertai program Simulasi Haji Cilik 2017 di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, di sini, hari ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjur program itu, Norsita Md Shah, berkata program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai suasana ketika menunaikan ibadah haji.

"Program ini adalah usaha membantu kanak-kanak berusia seawal empat tahun bagi memahami dan mempelajari cara melaksanakan ibadah haji menerusi pendidikan secara tidak formal.

"Program Simulasi Haji Cilik ini juga selaras dengan modul pembelajaran yang kami laksanakan di setiap tadika di bawah gabungan ahli Persatuan Tadika Islam Malaysia dan Guru PraSekolah Swasta Negeri Sembilan," katanya selepas majlis perasmian majlis itu.

Majlis itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Ghazali Abdul Wahid.

Mengulas lanjut, Norsita berkata, antara pengisian pada program itu ialah murid diajar memakai ihram, ibadah tawaf dan mengutip batu serta melontar jamrah.

Berita Harian X