X
Selasa, 4 Ogos 2020 | 10:25am
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam memuat naik gambar pertemuan beliau dengan dua lagi Presiden parti kerajaan, iaitu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. NSTP/Twitter Datuk Seri Abdul Hadi Awang

'Kita berjaya menyatukan tiga parti' - Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam memuat naik gambar pertemuan beliau dengan dua lagi Presiden parti kerajaan, iaitu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Melalui perkongsian di laman Twitternya, Abdul Hadi berkata, ketiga-tiga parti berkenaan berjaya disatukan.

"Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti. Kita tak boleh berpisah dengan UMNO, tak boleh berpisah dengan BERSATU," katanya.

Khamis lalu, Ahmad Zahid memaklumkan, Muhyiddin dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sehari sebelumnya menyatakan hasrat membawa partinya menyertai Muafakat Nasional (MN) yang dianggotai UMNO dan PAS.

Katanya, hasrat berkenaan akan dibincangkan dengan PAS dan Jawatankuasa Induk MN sebelum ini memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

Setiausaha Bersama Sekretariat MN, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, MN sudah membuat pelawaan rasmi kepada BERSATU untuk menyertai pakatan itu.

Berita Harian X