Selasa, 5 Mei 2020 | 9:47pm
KOTA KINABALU 14 OKTOBER 2019. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu. NSTP/EDMUND SAMUNTING.
KOTA KINABALU 14 OKTOBER 2019. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu. NSTP/EDMUND SAMUNTING.

Shafie cadang Dewan Rakyat bersidang sekurang-kurangnya 3 hari

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, mencadangkan supaya sidang Dewan Rakyat yang dijangka pada 18 Mei ini diadakan sekurang-kurangnya tiga hari.

Beliau berkata ia akan membolehkan wakil rakyat menjelaskan situasi semasa COVID-19 dan hala tuju ekonomi negara kepada rakyat.

Beliau berkata pendirian kerajaan negeri mahu sebolehnya persidangan diadakan dua hingga tiga hari kerana parlimen adalah landasan terbaik bagi menjelaskan segala-galanya kepada rakyat.

"Kita bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) lain sepakat untuk merayu agar parlimen boleh bersidang seperti yang dinyatakan.

"Banyak persoalan dibangkitkan kepada kita selaku pimpinan termasuklah mengenai hala tuju kita, status COVID-19 dan kedudukan kewangan negara," katanya ketika mengulas mengenai pendiriannya serta pemimpin PH lain yang mahukan persidangan parlimen diadakan lebih daripada sehari.

Mohd Shafie berkata penerangan mengenai hala tuju negara boleh dimaklumkan oleh menteri menerusi televisyen namun perlu ada interaksi dengan wakil rakyat lain.

Berita Harian X