Jumaat, 20 March 2020 | 3:35pm
Datuk Marzuki Yahya
Datuk Marzuki Yahya

Marzuki dipecat sebagai Setiausaha Agung BERSATU

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Marzuki Yahya dipecat daripada jawatan berkenaan, berkuat kuasa 18 Mac lalu.

Surat pemecatan itu ditandatangani Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama makluman bahawa tindakan berkenaan diambil selaras Fasal 13.9 perlembagaan parti terbabit. Surat berkenaan turut tular di media sosial.

Sementara itu, Marzuki yang juga bekas Timbalan Menteri Luar ketika dihubungi, mengesahkan menerima surat berkenaan yang dihantar ke pejabatnya di Yayasan Selangor, semalam. 

"Ya, saya terima surat berkenaan, semalam. Setakat ini tiada komen apa-apa, tunggu apa kata Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.

Dalam surat itu, Muhyiddin yang juga Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Marzuki atas segala sumbangan dan khidmat bakti sebagai Setiausaha Agung.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X