X
Isnin, 16 March 2020 | 6:25pm
MUKHRIZ akan mencabar Muhyiddin untuk jawatan Presiden BERSATU pada pemilihan parti itu Jun ini. FOTO Arkib NSTP
MUKHRIZ akan mencabar Muhyiddin untuk jawatan Presiden BERSATU pada pemilihan parti itu Jun ini. FOTO Arkib NSTP

Mukhriz nafi diberi tempoh sokong Perikatan Nasional

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menafikan diberikan tempoh bagi membuat keputusan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam usaha mengekalkan jawatannya di negeri ini.

Mukhriz menegaskan, tiada rundingan dilakukan di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi membincangkan perkara itu.

“Saya tak dimaklumkan langsung mengenai apa-apa tempoh dan setahu saya tidak ada sebarang rundingan antara Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin.

“Setahu saya ada permohonan dibuat Perdana Menteri (untuk bertemu Dr Mahathir), tetapi Tun Mahathir belum rasa sesuai berjumpa,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diberi tempoh sebulan bagi mempertimbang sokongan kepada PN dan mengekalkan jawatan Menteri Besar Kedah.

Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali diberi tugas memujuk Mukhriz, manakala Muhyiddin berusaha berbincang bersama Dr Mahathir.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X