X
Isnin, 16 March 2020 | 5:22pm
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kiri), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) dan Muzzamil Ismail. - Foto NSTP
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kiri), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) dan Muzzamil Ismail. - Foto NSTP

Saingan tiga penjuru jawatan Ketua ARMADA

KUALA LUMPUR: Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi jawatan Ketua ARMADA menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandang, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dicabar Exco ARMADA, Muzzamil Ismail dan bekas pegawai Syed Saddiq, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Jawatan Ketua Srikandi membabitkan saingan empat penjuru antara penyandang yang juga Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Harun; Ketua BERSATU Bahagian Kepala Batas, Datuk Azlina Mehtab Mohd Ishak, Datin Iza ismail dan Zuhuraina Makmur.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata sebanyak 204 borang diterima membabitkan 169 bagi jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), 115 calon merebut jawatan dalam ARMADA dan 91 borang membabitkan jawatan dalam Srikandi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X