Ahad, 5 Januari 2020 | 5:30pm
MENTERI Belia dan Sukan, Syed Sadiq Syed Abdul Rahman (tengah) bersama calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang (tujuh dari kiri) pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis di Bongawan. NSTP/Ihsan Bersatu Sabah.

WARISAN buka ruang kerjasama dengan komponen PH

BONGAWAN: Parti Warisan Sabah (WARISAN) tetap bekerjasama dengan parti lain dari Semenanjung dalam kerangka Pakatan Harapan (PH) walaupun berstatus parti tempatan negeri ini.

Calon WARISAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Datuk Karim Bujang, berkata kerjasama itu tidak mengubah kedudukan parti berasaskan Sabah itu.

“WARISAN adalah parti tempatan Sabah tetapi kita masih boleh bekerjasama dengan parti lain di Semenanjung,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Jentera Pemuda PH oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Ketua WARISAN Kimanis itu diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan, yang mendakwa WARISAN ‘bermain wayang kulit’ apabila mendakwa ia adalah parti tempatan Sabah yang tidak pro Pusat.

Karim berkata, WARISAN adalah sebahagian daripada PH kerana tiga wakil rakyatnya menjadi menteri persekutuan dan Mohamad tersalah tafsir mengenai konsep kerjasama dilaksanakan WARISAN.

“Kedudukan WARISAN sebagai parti tempatan membolehkannya memenangi kebanyakan kerusi di kawasan pantai timur Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.

Berita Harian X