Sabtu, 16 November 2019 | 3:49pm

Tanjung Piai: Pengundian terkawal

PONTIAN: Pengundian di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hari ini berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata meskipun ada sedikit provokasi di beberapa lokasi Pusat Pengundi, ia berjaya diredakan oleh polis.

“Saya melawat Bilik Gerakan polis dan diberikan taklimat mengenai perkembangan PRK Tanjung Piai, situasi di lapangan nampak baik setakat ini dan tiada perkara luar biasa berlaku walaupun satu dua tempat ada provokasi, tetapi diredakan oleh polis secara profesional.

“Semangat semua pihak (parti bertanding) agak tinggi, saya turun sesetengah tempat itu dia laungkan hidup Pakatan Harapan (PH), sokongan terhadap PH, BN (pembangkang) ada jugalah.

“Apa yang penting tiada apa yang luar biasa, kalau tidak tinggi (semangat), lesu pun satu hal juga, jadi itu biasalah berlaku dalam pilihan raya setiap parti hendak tunjuk semangat masing-masing,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din dan Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh.

Muhyiddin berkata, tindakan mencetuskan provokasi terhadap pihak lain adalah sesuatu yang harus dielakkan supaya suasana sentiasa aman dan terpelihara.

Anggota Unit Tempur Ringan (LSF) mengawal keadaan di hadapan sekolah ketika hari pengundian bagi PRK Parlimen Tanjung Piai di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Ming 1, Pekan Nanas, Pontian. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

“Jadi, pengundi tidak takut keluar, kalau dia (pengundi) dengar macam gah (kecoh) dekat luar, dia nak lalu pun rasa takut,” katanya .

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, pihaknya ada menerima laporan awal pagi tadi mengenai pengguna atau pengundi di Tanjung Piai yang bekerja di Singapura yang menggunakan laluan khas dibuka hari ini.

“Ada juga laporan awal pagi tadi, tetapi waktu itu jumlahnya tidak besar sebab awal sangat, saya belum dapat laporan terkini jumlah yang gunakan laluan khas untuk datang ke sini, apapun ia masih beroperasi,” katanya.

Muhyiddin bersama Mohd Kamarudin pada sidang media sempena PRK Tanjung Piai di IPD Pontian, hari ini. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Muhyiddin bersama Mohd Kamarudin pada sidang media sempena PRK Tanjung Piai di IPD Pontian, hari ini. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Anggota Unit Tempur Ringan (LSF) mengawal keadaan di hadapan sekolah ketika hari pengundian bagi PRK Parlimen Tanjung Piai di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Ming 1, Pekan Nanas, Pontian. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Anggota Unit Tempur Ringan (LSF) mengawal keadaan di hadapan sekolah ketika hari pengundian bagi PRK Parlimen Tanjung Piai di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Ming 1, Pekan Nanas, Pontian. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Petugas PRK Parlimen Tanjung Piai membantu warga emas dengan menggunakan kerusi roda. - NSTP/Togi Marzuki
Petugas PRK Parlimen Tanjung Piai membantu warga emas dengan menggunakan kerusi roda. - NSTP/Togi Marzuki
Penyokong parti pada hari pengundian PRK Parlimen Tanjung Piai di Sekolah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Penyokong parti pada hari pengundian PRK Parlimen Tanjung Piai di Sekolah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Sebahagian pengundi pada hari pengundian PRK Parlimen Tanjung Piai di Sekolah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Sebahagian pengundi pada hari pengundian PRK Parlimen Tanjung Piai di Sekolah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Berita Harian X