X
Selasa, 12 November 2019 | 8:25pm
PETUGAS SPR membawa peti undi selepas pusat undi bagi Pengundian Awal sempena PRK P.165 Parlimen Tanjung Piai ditutup pada jam 5 petang di PERKEP, Ibupejabat Polis Daerah Pontian. NSTP/Hairul Anuar Rahim
PETUGAS SPR membawa peti undi selepas pusat undi bagi Pengundian Awal sempena PRK P.165 Parlimen Tanjung Piai ditutup pada jam 5 petang di PERKEP, Ibupejabat Polis Daerah Pontian. NSTP/Hairul Anuar Rahim

Tanjung Piai: 91 peratus keluar mengundi awal

PONTIAN: Seramai 255 pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai keluar mengundi sehingga pusat pengundian di Bangunan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian ditutup jam 5 petang tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berkata jumlah itu mewakili 91 peratus daripada keseluruhan 280 pengundi awal kawasan terbabit.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom, berkata proses mengundi awal membabitkan dua saluran itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Proses pengundian awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas atau Saluran Satu dibuka bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari, manakala bagi DUN Kukup atau Saluran Dua, waktu pengundian ditetapkan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, sebelum ini dilaporkan berkata, proses itu disaksikan oleh ejen calon dan Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik oleh SPR.

Katanya, semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis sebelum pengiraan dibuat di pusat pengiraan undi berkelompok di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Pontian dengan disaksikan oleh ejen calon yang bertanding serta pemerhati pilihan raya, pada 16 November ini.

Berita Harian X