Sabtu, 2 November 2019 | 3:03pm
Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad. - Foto Hairul Anuar Rahim

BN tidak 'tebar jala' tapi 'pancing' pengundi

PONTIAN: Barisan Nasional (BN) akan mendekati setiap pengundi di Parlimen Tanjung Piai sepanjang tempoh 14 hari kempen ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata pihaknya tidak mengambil mudah setiap isu yang berlaku ketika ini, sebaliknya akan menjawab dan memberi penerangan kepada golongan sasar.

“Kita tidak ‘menebar jaring’ tetapi akan ‘pancing’ satu-satu (pengundi). Ini bererti BN tidak ambil mudah isu yang ada.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (tengah) berarak bersama jentera BN pada proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini. Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri), Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong (kiri). - Foto BERNAMA

“Siri kempen kali ini BN akan letak kepentingan pengundi sedekat mungkin dengan hati kita. Saya tidak ragu-ragu dengan calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng, kerana beliau amat memahami denyut nadi rakyat Tanjung Piai,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di sini, hari ini.

Hasni berkata, jentera BN bersemangat untuk menggerakkan kempen dan memastikan kemenangan menjadi milik BN di Tanjung Piai.

Berita Harian X